Tuesday, June 15, 2010

Atuk


Sudah hampir dua dekad aku hidup. Aku gembira kerana ramai yang masih sayangkan aku, Aku juga sayangkan mereka seperti mana mereka sayangkan aku. Bila aku ingat orang yang aku sayang dahlu ketika aku di Tahun tiga, aku menangis kerana teringat cerita cerita yang diceritakan padaku ketika aku mahu masuk tidur. Kebanyakannya cerita kisah kisah Anbia. Cerita yang paling aku suka mestilah cerita Nabi Musa yang hampir hari hari beliau ceritakan padaku dengan tidak jemu jemu dan sedikit pon dier tidak mengeluh. Saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya, aku menangis teresak esak, walaupon aku masih kecil aku terasa sangat. Aku tak thu malam ni aku rasa rindu sangat pada dier. Sumpah aku rindu. Aku nak lagi gurau usik beliau seperti dahulu, Aku rindu! Kini beliau pergi jauh dari aku. Aku rindu mendengar suara mengajinya dari waktu maghrib sampai ke isyak. Aku nak peluk beliau. Aku nak ciumnya. Tapi beliau telah jauh dari aku, pergi tinggalkan aku. Aku masih ingat bila kita semua sekeluarga bercuti bersama. Seronok bukan? :( aku nangis aku nangis dan aku mengais lagi bila aku teringatkan beliau. Beliau adalah salah seorang yang aku paling sayang dalam hidup aku dan aku sedih sekali bial beliau pergi dn tidak kembali lagi. Apabila saat akhirnya aku sangat takut hendak mengucupnya. Aku meraung, menangis bila aku lihat wajahnya untuk kali terakhirnya. Aku sayang Atuk. :(



No comments:

Post a Comment