Tuesday, May 18, 2010

Jarak

Mungkin aku belum sedar lagi siapa diri aku. Aku rasa semua pandang aku macam seorang yang kekurangan dari semua aspek. Aku dah tak tahan hidup macam ni, aku nak buat something ade je benda yang tak kena, x lengkap hidup aku ni kalau ada je bende yang tak kena. Aku mengaku aku sayang semua, tapi aku tak tahu sama ada dorang sayang aku ke tidak. Semester baru mungkin aku akan buka cerita baru, mungkin jauh tersimpang dari cerita semester ini. Aku rasa aku berada di zon selesa sekarang walaupon banyak sangat dugaan yang terjadi pada aku dan aku rasa aku boleh lagi tahan dan mungkin jaga aku tak tahan dgn situasi kelak.

Bila aku duduk sorang-sorang, kadang aku menangis juga fikir tentang hidup aku, maksud aku bukan hidup aku di tempat tinggal aku ipoh, aku lebih selesa di sana. Sama juga seperti mereka, aku faham. Rumah sendiri lebih selesa daripada rumah di sini. Terima kasih semua, aku rasa semester ini sangat seronok aku bersama semua. Lebih banyak pengalaman yang aku timba. Dan pelbagai kawan yang aku jumpa, dari A sampai lah ke Z. Ucapan terima kasih sekali lagi. Aku sangat menghargai semua yang berlaku terhadap hidup aku.


*Sayang Bukan Boleh di Nilai dari Cara Seseorang tetapi dari Keikhlasaan Seseorang

No comments:

Post a Comment